Tuesday, November 4, 2008

She did it again!

She who? My first born princess. Dear, dear Yasmin. Want to know what she did? Something pretty much like the Merdeka Episode last August. Only that this time around I... well OK, we are given more or less half a week to prepare.

Her Mengaji Centre is having this Hari Anugerah this Saturday night. When I received the invitation card, I didn't really take note of the date & time. Come to think of it we had never attend any of the Centre Hari Anugerah because there was really nothing to dianugerahkan... (Except for last year, Wardah surprised me with 2nd place but we were at my parents' instead. My confinement with Nadeen. If the Ustaz or Ustazah cared to at least ring me up to inform, sebab diorang ponteng bila exams habis. I could make some arrangements for Wardah to be there..)

Well... anyway. Yasmin came home yesterday from mengaji & announced that she volunteered to tell a story during the event. Again... (budak lain tak de ke nak volunteer??) I then realised that HB & I had a wedding reception to attend to that same night. When I told Yasmin about it, she was so cool suggesting our neighbour to send her off since their daughters are both attending.

Rang HB up to discuss & we opted not to attend the wedding... (Frustlah jugak. Baru berangan nak dress up ;-D). I noticed Yasmin brought along her Kisah Nabi book to mengaji this afternoon. I was sure that she wanted to show the story she chose to her ustaz & the ustaz will of course guide her. Right?

Wrong! She came home today telling me that her ustaz said the story was rather too long. And guess what she answered? That she would be able to shorten it... very certain young lady? I checked the story she chose. Interesting but I doubt she would be able to tell such long story. Editing was strongly needed & who do you think had to do it? Mama jugak...

Now, this is the edited version. What do you think? She read out loud to me just now. It was not bad at all. That girl sure can tell a story. I told her to practise telling the story not reading out the story... 3 days to do that. I guess time is on our side this time ;-)

Assalamualaikum… Saya, Amirah Yasmin akan berkongsi cerita tentang kisah

BURUNG HUD-HUD PERISIK NABI SULAIMAN

Nabi Sulaiman merupakan seorang Nabi yang diberi keistimewaan boleh bercakap dan memahami bahasa jin dan haiwan. Baginda juga mempunyai bala tentera yang besar terdiri daripada golongan manusia, jin dan haiwan.

Suatu pagi, Nabi Sulaiman memeriksa burung-burungnya dan didapati burung Hud-hud tiada.

“Mengapa beta tak nampak burung Hud-hud pagi ini?” Tanya Nabi Sulaiman kepada semua burung di situ.

Semuanya diam membisu seribu bahasa. Nabi Sulaiman mundar mandir ke kiri, ke kanan sambil berfikir dan bersuara.

“Beta akan menghukumnya apabila dia balik nanti kecuali dia dapat memberi alasan yang bernas.”

Tidak lama kemudian tiba-tiba Hud-hud muncul dalam keadaan tercungap-cungap.

“Ke manakah kamu pergi?” Tanya Nabi Sulaiman.

“Hamba pergi ke suatu tempat dan ingin melaporkan sesuatu perkara penting yang belum Tuanku ketahui.” Terang Hud-hud.

“Apakah perkara tersebut?” Tanya Nabi Sulaiman.

“Hamba dari negeri Saba. Di situ kerajaannya diperintah oleh seorang permaisuri bernama Ratu Balqis. Malangnya baginda dan pengikutnya tidak menyembah Allah tetapi menyembah matahari.”. jelas Hud-hud.

Setelah mendengar laporan daripada Hud-hud, Nabi Sulaiman berkata.

“Baiklah, beta akan fikirkan dengan penuh teliti.”

Selang beberapa hari, Hud-hud dititahkan oleh Nabi Sulaiman supaya pergi ke negeri Saba.

“Campakkan surat ini kepada mereka, kemudian sembunyikan diri. Tetapi, perhatikan apa yang dilakukan oleh mereka selepas membaca surat ini.”

Tanpa berlengah lagi, Hud-hud terbang ke negeri Saba bersama surat di paruhnya. Sampai di jendela istana Ratu Balqis, Hud-hud menjatuhkan surat tersebut. Ratu Balqis yang sedang berehat terkejut lalu membacanya.

Hud-hud yang bersembunyi mendengar dengan tekun hasrat Ratu Balqis untuk memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman. Berita itu disampaikan kepada baginda. Dan beberapa hari kemudian, tibalah utusan Ratu Balqis bersama hadia-hadiah yang berharga.

Nabi Sulaiman sedikit pun tidak hairan dengan harta duniawi. Baginda mengarahkan supaya utusan itu pulang dan memberi amaran akan menyerang negeri Saba jika masih menyembah matahari dan bukan Allah.

Dengan dakwah Nabi Sulaiman itu, Ratu Balqis mengaku kelemahan diri dan segera beriman kepada Allah. Begitu juga pengikutnya.

Hud-hud yang menjadi perisik kepada Nabi Sulaiman amat bersyukur dan berazam akan menambahkan usahanya membantu ke jalan Allah.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

Ezza Aziz said...

begitu la kisah nya ..yasmin tahu mak dia supermom,so dia tak kisah sukarela nak baca cerita tu. Bab edit ni kan mak mak yang pandai!!!
Tapi I tabik spring la kat dia,sebab tak rasa rendah diri bila berdepan dengan orang ramai....anak saya ...semua nya pemalu sangat...Tahniah Yasmin!!!

Oldstock said...

Ja,

Give Yasmin all the encouragement. Story-telling competitions are very good confidence-builders. She would not be afraid of public-speaking anymore after this.

Just some tips... tell her not to be too static when telling the story. Use hand and facial gestures. Timing and voice control, for impact. Don't forget eye contact with the audience and judges.

Good luck!

jabishah said...

Kak Ezza,
Betul lah kerenah budak-budak ni.. tapi Ja ni dah lah tak kerja takkan tak boleh nak jadi personal trainer kat rumah kan? Hentam sajalah.
Tapi mmg Yasmin suka bab menyukarela kan dirinya. Bangga lah jugak. Wardah pun drp malu2 dah nampak mcm nak ikut style kak Yasmin.
Anak akak pemalu ikut akak kut.. hehehe!

jabishah said...

Tx Oldstock for the tips. Really appreciate it. Will show this comment to her.
Yasmin is definitely getting the encouragement that she shld get. Mama dah berminggu plan nak melaram pergi wedding tu tau..;-)
BTW, this is not a competition. Merely a filler for the Hari Anugerah.

MAMAMIA said...

U can still melaram kat Hari anugerah tu kan???

My kids pun kadang2 pandai2 they all buat plan masing2. So, whatever we have planned earlier kenalah tukar mana yg patut.

Good training ground for Yasmin's public speaking. All the best!!!

jabishah said...

Ish mamamia, melaram kat wedding & kat thepat mengaji diorang lain daa..;-)

Tx. Yasmin is doing good with practice. Hopefully everything will go well Saturday night, insyaAllah...